SEDARI HAKIKAT SETIAP MASALAH BERPUNCA DARI DIRI KITA SENDIRI DAN KITA YANG PERLU MENYELESAIKANNYA.
Sesungguhnya Allah Tidak Akan Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Melainkan Kaum itu Sendiri Yang Mengubahnya.
Sekolah Ku,
MalaysiaKu Gemilang
Info Terkini
Senarai Murid Yang Mendapat 5A dalam UPSR 2008.
1. Alam Iqbal Bin Shadik Mohamed
2. Mohd Asyraff Bin Yenniwal
3. Mohd Fikri Bin Md. Idris
4. Saiful Rahman Bin Sulianto
5. Nur Azreen Shazwin Kamaruddin
6. Qurratul Saadah Bt. Zulkafli
7. Siti Nur Syahirah Bt. Zulkifli
8. Nur Izzati Bt. Azhar
9. Nur Asrinie Bt. Rosli
10. Aisahira Bt. Oon
11. Nur Aisyah Bt. Azman
Apakah Bimbingan & Kaunseling
Perkhidmatan PERCUMA dan IKHLAS disediakan untuk menolong ANDA menyelesaikan persoalan-persoalan mengenai :
# PERIBADI DAN EMOSI ANDA # PERLAKUAN YANG TIDAK SELARAS # PERKEMBANGAN AKADEMIK # BELAJAR DENGAN LEBIH BERKESAN # MERANCANG MASA HADAPAN # MEMILIH KERJAYA # MENGHISAP ROKOK # PENYALAHGUNAAN DADAH & INHALEN # DAN LAIN-LAIN LAGI
Bagaimana Bimbingan Dijalankan
Pertemuan ANDA dengan GURU PEMBIMBING akan diadakan dalam sebuah BILIK KHAS yang selesa, jauh dari gangguan dan TIDAK DIDENGAR oleh orang lain· Segala PERBINCANGAN dan MAKLUMAT yang anda berikan menjadi RAHSIA· ANDA dan GURU PEMBIMBING anda sahaja yang MENGETAHUINYA
Misi Bimbingan & Kaunseling
Dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh menyediakan perkhidmatan menolong bantu murid dari aspek pengayaan, perkembangan, pencegahan dan pemulihan untuk mempertingkatkan pengetahuan, ketrampilan dan konsep kendiri yang berkesan, beramanah berteraskan falsafah pendidikan kebangsaan
Visi Bimbingan & Kaunseling
Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, teraputik dan efektif dari aspek fizikal, perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan murid dan sekolah.
Falsafah Bimbingan & Kaunseling
Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembelengkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beramanah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek intelektual, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.
Peranan Guru Bimbingan
ANDA tidak perlu merasa ragu-ragu untuk bertemu dengan GURU PEMBIMBING anda kerana dia :
1. SEDIA MENDENGAR SEMUA PERSOALAN -PERSOALAN ANDA. 2. MENERIMA TANPA SYARAT. 3. MERAHSIAKAN APA YANG ANDA CERITAKAN. 4. MEMBANTU ANDA MENGENALI DIRI ANDA YANG SEBENARNYA. 5. MENGHORMATI DIRI ANDA. 6. SEDIA BERJUMPA ANDA BILA-BILA MASA.
Gurindam Bangsa
Langkah sumbang sindirkan lantai, Binasa badan bicara tak kawal, Pinggir ketuanan negara tergadai, Hilang maruah bangsa terjual.
Tanah ini Tanah Melayu, Pedagang datang ingin berniaga, Serahkan budi bukan tanahmu, Pertahan negara dan hak bangsa.
Pergi ke kedai tergesa-gesa , Hendak membeli gula Melaka, Malaysia maju rakyat sentosa, Negara aman bebas merdeka.
Sesak sungguh di kaki lima, Penat berjalan sakitlah peha, Malaysia Boleh slogan bersama, Asalkan ada daya usaha.
Terketar-ketar si penjual roti, Hendak seberang sebatang titi, Berbudi bahasa hormat menghormati, Jadilah warga elok pekerti.
Pakai TMNEt jalur lebar, Yuran mahal tak sia-sia, Jalur Gemilang megah berkibar, Simbol perpaduan rakyat Malaysia.